TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Q
ARTIKEL BERKAITAN GANGSTERISM
A

“Gangsterism” Di Sekolah Dan Faktor Pelajar Terjerumus

  • Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
  • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
  • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
  • Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.

Langkah Pencegahan

  • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah: pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
  • Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
  • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
  • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
  • Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN JENAYAH CURI KENDERAAN
A

Cara-Cara Untuk Mencegah Kecurian Kereta

  • Pastikan kereta anda dipasang dengan alat penggera yang baik.
  • Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan klac.
  • Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  • Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam diletak tempat yang terang.
  • Jangan serahkan kunci kepada ‘jockey’ kereta.
  • Mengukirkan nombor pendaftaran di cermin kereta atau ‘sand blasting’.

Cara-Cara Untuk Mencegah Kecurian Motosikal

  • Letakkan motosikal di tempat yang dikhaskan.
  • Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang diterangi lampu.
  • Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
  • Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.

Tempat-Tempat Di Mana Kecurian Kerap Berlaku

  • Tempat letak kereta awam.
  • Kompleks membeli belah.
  • Hadapan atau perkarangan rumah.
  • Bahu jalan raya dan tepi lebuhraya.
  • Tempat letak kereta di hotel menjadi tempat sering berlakunya jenayah ini.

Apa Perlu Dilakukan Apabila Kenderaan Anda Dicuri?

  • Anda perlu bertenang.
  • Perhatikan sekeliling rumah dan kenalpasti samada pencuri masih berada tempat kejadian atau tidak.
  • Hubungi polis di nombor 999 untuk maklumkan kenderaan anda dicuri.
  • Nyatakan secara terperinci jenis kenderaan, nombor pendaftaran dan warna kenderaan.
  • Makluman awal ini akan dihebahkan kepada semua balai polis berdekatan untuk mengesan kenderaan tersebut.
  • Merujuk perkara ini ke balai polis berdekatan dengan segera untuk membuat laporan polis secara terperinci mengenai kejadian kecurian kenderaan.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN JENAYAH PECAH RUMAH
A

Perlindungan Secara Fizikal

  • Pasang ‘door viewer’ dan penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat daripada bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat-alat pertukangan di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta mengesan penceroboh.

Langkah Berjaga-Jaga

  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki,di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah.
  • Jangan tinggalkan nota yang mengatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau di curi.
  • Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di peti keselamatan.

Apa Perlu Dilakukan Apabila Rumah Anda Dipecah Masuk?

  • Anda perlu bertenang.
  • Perhatikan sekeliling rumah dan kenalpasti samada pencuri masih berada di rumah tersebut atau tidak.
  • Kenalpasti di mana bahagian rumah yang menjadi laluan pencuri pecah masuk tersebut.
  • Anda dinasihati supaya jangan menyentuh barang-barang yang disyaki boleh dijadikan barang bukti bagi mengesan suspek.
  • Hubungi pihak polis di nombor 999 atau merujuk perkara ini ke balai polis berdekatan dengan segera.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN JENAYAH RAGUT
A

Di Manakah Jenayah Ragut Kerap Berlaku?

  • Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap dan sunyi.
  • Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimanakah Ia Berlaku?

  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sesak.
  • Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli belah.
  • Menyimpan beg duit di dalam kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.

Tips Panduan Elak Jadi Mangsa Ragut

  • Sentiasa membawa wang secara minima dan selindungkan barangan berharga daripada pandang umum supaya tidak menarik perhatian peragut.
  • Jangan mendedahkan barang-barang kemas, barang berharga di tempat awam kerana ini akan memberi peluang kepada si peragut untuk meragut.
  • Dinasihati supaya peka terhadap sitausi sekeliling.
  • Pastikan beg tangan atau barang berharga yang dibawa diletakkan di tempat yang selamat sama ada semasa pemandu atau berada dalam bangunan.
  • Elakkan diri dari berjalan kaki atau menunggang motosikal seorang diri di kawasan sunyi terutamanya pada waktu malam. Ini akan memudahkan peragut melakukan aktiviti mereka tanpa dilihat atau diketahui orang lain.
  • Jika terpaksa berjalan kaki waktu malam tanpa di temani sesiapa. Ikutlah arah laluan bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan dan boleh bertindak awal jika merasakan ada sesuatu yang mencurikan.
  • Peragut sememangnya gemar mengambil kesempatan terhadap seseorang yang dilihat tidak melawan secara agresif kaum wanita. Wanita dilihat golongan yang lemah dan mudah dikasari serta jarang untuk bertindak balas.
  • Selalunya mereka akan menjerit untuk meminta pertolongan daripada orang ramai.
  • Kaum wanita juga digalakkan memakai pakaian yamg sesuai agar mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut.
  • Pilih pakaian yang memudahkan untuk bergerak pantas.
  • Sekiranya membonceng motosikal, elakkan menggalas beg tangan di bahu.
  • Sebaik-baiknya letakkan beg tersebut di tengah-tengah antara anda dan penunggang dan lindungi dengan tangan anda.

Apa Perlu Dilakukan Apabila Anda Diragut?

  • Anda perlu bertenang dan menjerit meminta pertolongan sekiranya anda diragut.
  • Jangan bertindak atau berlawan kerana bimbang sekiranya perompak berkenaan mempunyai senjata atau bertindak agresif yang mungkin akan mengakibat mangsa tercedera.
  • Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain.
  • Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
  • Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan.
  • Pastikan juga ke arah mana suspek pergi.
  • Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi balai polis berdekatan dengan segera.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN KESELAMATAN JALANRAYA SEMASA MUSIM PERAYAAN
A

Rancang Perjalanan Anda

  • Periksa kenderaan anda – pastikan tayar dalam keadaan baik. Pastikan tekanan angin sentiasa mencukupi termasuklah pada tayar ganti. Jangan sekali-kali kita gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau pun botak. Selain tayar, brek dan lampu isyarat juga haruslah dipastikan berfungsi dengan baik.
  • Keadaan mental dan fizikal sebagai pemandu – jika anda dalam keadaan letih, mengantuk atau pun dibawah pengaruh ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Sekiranya tidak, eloklah ditangguhkan dahulu perjalanan anda.
  • Berhenti di setiap 2 jam perjalanan.

Sentiasa Patuhi Had Laju Yang Telah Ditetapkan

  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  • Lebuhraya : 110km/j- Jalan Persekutuan/Negeri : 90km/j diturunkan kepada 60km/j di kawasan bandar- Kawasan sekolah : 30km/j
  • Jangan memandu melebihi had laju dan perlahankan kenderaan sekiranya memandu di dalam cuaca hujan. Jika memandu dalam keadaan cuaca basah had laju kenderaan perlulah dikurangkan 50% kerana keadaan jalan yang licin melambatkan kereta untuk berhenti jika membrek dan jarak penglihatan juga terjejas.
  • Untuk meningkatkan kebolehlihatan semasa memandu di dalam hujan, pasangkan lampu kenderaan dan bukannya lampu kecemasan.

Patuhi Peraturan Keselamatan Semasa Menukar Lorong

  • Berikan isyarat dan periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Sebaik-baiknya cermin sisi dilaraskan 90’ untuk mengecilkan titik buta agar kenderaan di sekitar dapat dilihat dengan lebih lama.

Patuhi Peraturan Jalan Raya Di Persimpangan

  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di persimpangan dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Apabila lampu isyarat bertukar hijau pastikan keadaan laluan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Kawal Emosi Anda Di Jalan Raya.

  • Apakah emosi yang sering dikaitkan dengan pengguna jalan raya? tidak sabar, gelisah, cepat marah dan sebagainya.
  • Sebagai contoh, kesesakan lalulintas akan menyebabkan pengguna jalan raya berasa gelisah kerana keperluan untuk sampai ke destinasi dalam masa tertentu. Dan sekiranya mereka ini terperangkap di dalam kesesakan lalulintas dalam tempoh yang terlalu lama maka rasa marah pula akan timbul.
  • Contoh kedua, melihat kenderaan yang perlahan di hadapan, pengguna cenderung sama ada mampu mengawal diri atau tidak, dan kemudian menjangkakan sama ada mereka sempat memotong atau tidak kenderaan di hadapan.
  • Keadaan ini kemudian dihimpit pula oleh persepsi bahawa mereka kesuntukan masa dan perlu sampai ke destinasi dalam masa tertentu
  • Apa yang perlu dibuat? Sekiranya kita menafsirkan kesesakan lalu lintas sebagai satu masalah, maka tindakan kita akan terarah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Sebab itulah, ada pengguna yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tadi dengan memandu secara laju atau memotong barisan di lorong kecemasan.
  • Hakikatnya, ia mungkin satu kaedah penyelesaian masalah yang menimbulkan masalah yang lebih besar.Jadi adalah lebih baik jika kita lebih bersabar dan menerima hakikat bahawa apa yang kita lalui itu juga dihadapi oleh pengguna jalan raya yang lain.

Pemakaian Tali Pinggang Keledar

  • Selain daripada itu, kami juga berharap supaya pengguna-pengguna jalan raya yang menaiki kereta tidak memandang ringan kepada pemakaian tali keledar depan dan belakang.
  • Pemakaian tali keledar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jika berlakunya kemalangan.
  • Perlu diingatkan bahawa apabila penumpang belakang tidak memakai tali keledar dan berlakunya perlanggaran pada kelajuan biasa 50 hingga 60km sejam sekali pun, penumpang belakang akan terhumban ke hadapan dengan kekuatan 40 kali daripada berat badannya.
  • Justeru itu, penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar boleh menjadi punca kecederaan parah atau kematian pemandu atau penumpang di hadapan.
  • Ibu bapa pula pastikan anak-anak anda juga menggunakan tali keledar. Bagi anak-anak yang berumur bawah 12 tahun sediakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.

Pemakaian Jaket Keselamatan Untuk Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

  • Bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal pula, adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa menggunakan jaket keselamatan yang berwarna cerah serta dilengkapi dengan bahan pemantul cahaya bagi menambahkan kebolehlihatan (visibility) anda kepada pengguna-pengguna lain di jalan raya terutama pada waktu malam.
  • Pakai topi keledar dan ikatlah dengan kemas bagi melindungi anda dari kecederaan di bahagian kepala. Jika penggunaan topi keledar dengan betul dapat dibudayakan sebagai amalan harian bagi setiap perjalanan oleh semua penunggang dan pembonceng motosikal pasti kes cedera parah dan maut bagi golongan yang paling terdedah kepada risiko kemalangan ini akan dapat dikurangkan.

Jangan Terburu-Buru

  • Selain daripada itu, merancang perjalanan kita dengan baik adalah sangat penting. Cuba elakkan memandu di saat-saat akhir kerana ini akan menjurus kita untuk bersikap terburu-buru dan sekiranya wujud kesesakan lalu lintas maka kita akan lebih mudah untuk menjadi stress.

Tanamkan Sifat Bersabar dan Berhemah

  • Terakhir, kita perlu tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika di jalan raya seperti memberi laluan kepada pengguna lain dan memandu mengikut peraturan jalan raya.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN PENCULIKAN
A

Cara-Cara Mengelak Dari Kejadian Penculikan

  • Mengajar anak-anak jangan bercakap dengan orang asing dan yang tidak dikenali.
  • Jangan membiarkan anak-anak pergi bersendirian dan selalu mengawasi pergerakan mereka.
  • Memberitahu kepada anak-anak mengenai bahaya jenayah dan keselamatan diri.
  • Jangan meninggalkan kenderaan dengan enjin dihidupkan dan membiarkan anak-anak di dalam kenderaan, walaupun untuk tempoh masa yang singkat.
  • Menjalankan kajian atau tinjauan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti seperti melancong atau berkelah.
  • Mempelajari cara-cara bertindak atau demonstrasi antara ibu bapa dan anak-anak mengenai pencegahan jenayah.
  • Memasang alat penggera atau alarm di rumah masing-masing, termasuk kunci-kunci pintu dan tingkap yang selamat.
  • Mengadakan daftar nama ahli keluarga dan direktori kecemasan ditampalkan pada lokasi atau tempat strategik dalam rumah.
  • Mengetahui lokasi-lokasi kecemasan seperti balai polis, bomba, dan hospital yang berhampiran anda.
  • Sentiasa berwaspada dengan keadaan persekitaran dan situasi sekeliling anda.
  • Mengenali semua rakan sekerja anda, seperti latar belakang pembantu rumah atau pengasuh anak-anak anda.
  • Sentiasa membuat pertimbangan yang rasional, jangan menggunakan laluan perjalanan yang sama setiap hari, contohnya semasa menghantar anak-anak ke sekolah atau ke tempat kerja anda.
  • Menjaga data peribadi anda dan keluarga anda, jangan mendedahkan data-data peribadi anda dengan mudah kepada orang yang tidak dikenali, contohnya seperti dalam talian atau internet.
  • Laporkan dengan kadar segera sebarang aktiviti oleh orang yang tidak dikenali atau mencurigakan kepada pihak berkuasa (polis), seperti pengintipan.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN ROGOL DAN CABUL
A

Cara-Cara Mengelak Dari Kejadian Rogol dan Cabul

  • Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
  • Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
  • Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
  • Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
  • Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh, dukun atau sebagainya kerana telah terbukti persetubuhan bukan satucara untuk berubat tetapi satu penipuan.
  • Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
  • Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
  • Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
  • Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
  • Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
  • Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
  • Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

Mengatasi Ancaman Rogol Dan Cabul

  • Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

Cara-Cara Mengelak Dari Kejadian Rogol Dan Cabul

  • Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
  • Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
  • Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
  • Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
  • Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
  • Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
  • Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
  • Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
  • Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
  • Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
  • Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
  • Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN SELUK SAKU
A

Tempat Di Mana Sering Berlaku

  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi.
  • Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal.
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana Boleh Berlaku

  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
  • Sibuk menjawab panggilan telefon / sms sehingga lupa keadaan sekitar.

Cara Pencegahan

  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Q
ARTIKEL BERKAITAN TIPS KESELAMATAN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN
A

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

  • Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
  • Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
  • Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
  • Jangan membiarkan binatang peliharaan anda tanpa makanan yang mencukupi semasa anda bercuti.
  • Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/ belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
  • Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
  • Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
  • Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut nama, alamat, nombor telefon, tarikh mula bercuti, tarikh dijangkan balik dari bercuti, nombor plat dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa bercuti.
  • Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

Bila Kes Pecah Rumah Sering Berlaku?

  • Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
  • Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
  • Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana Mengelakkan Perkara Ini Daripada Berlaku?

  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
  • Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
  • Hentikan penghantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
  • Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
  • Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
  • Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
  • Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
  • Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
  • Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
  • Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-Tips Tambahan Bagi Mengelakkan Kejadian Pecah Rumah Berlaku?

  • Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasang "door viewer" dan penyelak di pintu utama.
  • Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
  • Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
  • Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)