TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Doktor dan polis bantuan gagalkan cubaan rompak kereta

May 21 2017

BERGADAI NYAWA: Shameer mengalami kecederaan di pipi akibat terkena alat tajam yang diacukan oleh suspek.

 

KOTA KINABALU: Tindakan pantas seorang doktor bersama rakannya seorang anggota polis bantuan berjaya menggagalkan niat jahat seorang lelaki yang cuba merompak sebuah kereta.

 

Tanpa mengetahui kereta berkenaan digunakan oleh Ketua Biro Astro Awani Sabah Mohd Rizal Abdullah, Dr Shameer Khan dan rakannya yang dikenali sebagai Azmi sanggup menggadaikan nyawa bergelut dengan suspek selepas menyedari kegiatan lelaki terbabit.

Mohd Rizal ketika dihubungi Utusan Borneo menjelaskan kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin di kawasan parkir kompleks beli-belah di sini.

 

“Ketika berada di dalam bilik, saya berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang tertinggal di dalam kereta.

 

“Selepas mengingati komputer riba dan satu lagi alat satelit untuk siaran langsung masih berada di dalam kereta, saya pun segera turun untuk mengambil barangan berkenaan.

 

“Namun, sebaik tiba di kawasan parkir, saya melihat Dr Shameer dan Azmi bersama suspek berada berhampiran dengan kenderaan saya,” katanya di sini kelmarin.

 

Beliau berkata, Shameer meletakkan kenderaan bersebelahan dengan keretanya ketika menyedari tindakan suspek yang cuba mengumpil cermin tingkap di sebelah tempat duduk pemandu.

 

Ketika menegur perbuatan suspek katanya, secara tiba-tiba lelaki terbabit menghalakan sebatang ‘playar muncung tirus’ ke arah muka Shameer.

 

Akibatnya, pipi mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa menerima jahitan selepas dirawat di hospital.

 

“Ketika cuba melarikan diri, suspek segera ditangkap dan berlaku pergelutan antara mereka sehingga pasukan polis peronda tiba.

 

“Selepas mengetahui kejadian itu, saya pun menghubungi polis dan suspek sekali lagi bertindak ganas dengan menendang perut saya sebelum merampas dan menghempaskan telefon bimbit saya.

 

“Polis peronda segera menangkap suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Menurutnya, di dalam beg suspek juga ditemui dadah jenis syabu dan dipercayai suspek bertindak di bawah pengaruh dadah.

 

Dalam pada itu, beliau amat berterima kasih dengan tindakan yang dilakukan oleh Shameer dan Azmi kerana dalam keadaan cedera masih sanggup berusaha untuk menahan suspek.

 

Suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Read 237 times
Rate this item
(0 votes)

About The Author

Super User

Typi non habent claritatem insitam; est usus legentis in iis qui facit eorum claritatem. Investigationes demonstraverunt lectores legere me lius quod ii legunt saepius.

54 comments

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.