TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

300 anggota polis bantuan akan ditempatkan di I-City

The Rakyat Post

PUBLISHED: Oct 8, 2014 10:30pm UPDATED: Oct 8, 2014 08:46pm

 

300 anggota polis bantuan akan ditempatkan di I-City

 

Khalid Abu Bakar berkata polis akan merangka pelan bagi memastikan keselamatan terjamin.

 

SHAH ALAM, 8 Oktober: Polis telah meluluskan penempatan 300 anggota polis bantuan di lokasi tumpuan pelancong, I-City sejak dua tahun lalu namun hingga kini tiada pelaksanaan berhubung perkara itu.

 

Pada Februari lalu, Muzium Lilin I-City menjadi mangsa perbuatan khianat apabila 12 patung lilin termasuk Barrack Obama, Tunku Abdul Rahman dan Nelson Mandela, musnah dibakar.

Walaupun jutaan ringgit dibelanjakan untuk membaik pulih muzium terbabit, namun aspek keselamatan juga perlu diambil kira bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berikutan pelan pembangunan I-City bagi mengukuhkan salah satu daripada pusat pelancongan di negara ini, polis akan merangka pelan bagi memastikan keselamatan terjamin.

 

“I-City memerlukan pasukan keselamatan khas yang lebih spesifik dan atas sebab itu saya akan pastikan 300 anggota polis bantuan ini ditempatkan segera.

 

“Sekiranya mereka mahu, saya akan tempatkan seroang pegawai polis sebagai pinjaman kepada mereka. Pegawai terbabit akan membantu dan memberi panduan kepada pasukan keselamatan untuk langkah-langkah keselamatan yang lebih baik,” katanya.

 

Menurut Khalid, buat masa ini pasukan keselamatan I-City akan disertai oleh mereka dari sektor swasta dan anggota Rela.

 

“Kami telah membantu mereka dengan menghantar anggota melakukan pemeriksaan rutin dan rondaan. Kita akan terus melakukannya sehinggalah pasukan polis bantuan ditempatkan di sini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke I-City hari ini.

 

Sementara itu bagi siasatan kes khianat, Khalid berkata polis telah membuat beberapa tangkapan namun kerana kekurangan bukti, kesemua mereka tidak boleh didakwa.

 

 

“Motif perbuatan itu masih lagi disiasat dan kes setakat ini masih belum dapat diselesaikan,” katanya – The Rakyat Post

May 21 2017

Polis bantuan tidak terlepas daripada dikenakan tindakan

Polis bantuan tidak terlepas daripada dikenakan tindakan

22/10/2015 7:55pm

 

KUALA TERENGGANU - Polis bantuan turut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang jika dikesan mempunyai masalah disiplin dan salah laku ketika bertugas.

 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, polis bantuan juga sebahagian dari anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka turut membawa imej PDRM dan perlakuan mereka juga mencerminkan pasukan polis secara keseluruhannya.

 

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang mempunyai masalah disiplin dan sebagainya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan," katanya selepas menutup Simposium Polis Bantuan Zon Timur 2015 yang disertai 200 polis bantuan dari Terengganu, Kelantan dan Pahang.

 

Beliau berkata, tanggunjawab polis bantuan adalah terhad kepada kawasan dan zon tanggungjawab yang telah diwartakan kepada agensi yang menggunakan perkhidmatan polis bantuan tersebut dan bukannya di luar sebagaimana polis sebenar.

 

 

Rosli berkata, pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah meluluskan 56,000 jawatan polis bantuan seluruh Malaysia namun hanya 26,000 jawatan itu telah diisi. - Bernama

May 21 2017