TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Bilangan 1/2018

Kuala Lumpur (18 Jan 2018) - Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Keselamatan MRCB KL Sentral. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg Dato' Aishah bt Mohamad Pemangku Presiden APA dan turut dihadiri oleh YBhg Dato' Paramasivam dan Dato' Dell Akhbar Khan daripada MRCB. Agenda yang dibincangkan ialah berkaitan dengan post mortem daripada Persidangan Tahunan Polis Bantuan (APAC) 2017 yang telah diadakan di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sebelum mesyuarat AMP bermula semua ahli mesyuarat telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh YBhg Dato' Paramasivam dari Jabatan Keselamatan MRCB berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi oleh agensi MRCB mengenai syarat pelantikan anggota Polis Bantuan yang baru di agensi tersebut. Beberapa perkara telah dibangkitkan semasa taklimat tersebut dan beliau mengharapkan agar perkara ini dibincangkan semula oleh AMP APA dan memohon agar pihak APA mencari penyelesaian dengan JPJKK Bukit Aman.

Pemangku Presiden APA dalam ucapan aluan beliau telah menyatakan pihak APA akan mengkaji semula perkara ini dan sebarang cadangan atau keputusan yang dicapai dalam mesyuarat akan dikemukakan kepada pihak JPJKK Bukit Aman untuk pertimbangan dan kelulusan.

Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.45 petang. Pihak APA merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Keselamatan MRCB di atas kesudian menyediakan tempata dan kudapan sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung. 

Jan 23 2018

Majlis Menandatangani LOI Antara UTeM dan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA)

 

 

Ayer Keroh Melaka (4 April 2017) - Majlis menandatangani Surat Hasrat Niat (LOI) di antara Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) dan Majlis Penyerahan Laman Web Persatuan Polis Bantuan Malaysia telah diadakan di Dewan Seminar Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi UTeM Melaka. Pada majlis tersebut pihak UTeM diwakili oleh Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib Naib Canselor UTeM manakala Persatuan Polis Bantuan Malaysia diwakili oleh Tn. Haji Baharudin bin Othman selaku Presiden APA. Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan FTMK UTeM Prof. Dr. Burairah bin Hussin dan pensyarah-pensyarah FTMK serta seramai 51 orang wakil-wakil agensi Polis Bantuan Malaysia yang dilantik oleh agensi masing-masing sebagai editor laman web APA di peringkat agensi.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Naib Canselor UTeM, beliau menyatakan kesediaan pihak UTeM melalui Dekan FTMK untuk bekerjasama dengan pihak APA dalam membangunkan teknolgi berkenaan perkhidmatan keselamatan. Pembinaan laman web APA oleh pihak FTMK adalah merupakan pemangkin ke arah kewujudan jalinan kerjasama ini. Manakala ucapan oleh Presiden APA, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak UTeM khususnya FTMK yang telah membantu membangunkan laman web APA dan juga menyediakan latihan kepada pentadbir laman web APA serta semua editor dari agensi-agensi Polis Bantuan seluruh Malaysia. Tuan Presiden APA juga amat berharap agar kerjasama yang terjalin ini diteruskan dan mengalu-alukan kesediaan pihak UTeM untuk bekerjasama dengan APA dalam membangunkan teknolgi berkaitan dengan bidang kawalan keselamatan.

Pada hari yang sama juga pada pukul 9.30 pagi telah diadakan Bengkel Pengendalian Laman Web APA untuk agensi-agensi polis bantuan di Makmal Pangkalan Data 2 (MPD 2), FTMK, UTeM.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak UTeM.

 

 

Apr 04 2017