TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Bengkel Pengendalian Laman Web Persatuan Polis Bantuan Malaysia

Melaka, 3 Nov 2016 - Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) telah menghantar 2 orang wakil agensi menghadiri Bengkel Pengendalian Laman Web APA di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula pada 3 hingga 4 Nov 2016 dihadiri oleh En. Mohd Azmin dari DRB Hicom dan En. Wan Shamshol dari Lembaga Tabung Haji (TH) dengan dibantu oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah & pelajar Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi UTeM (Puan Nor Mas Aina Binti Md Bohari, Encik Mohamad Raziff, Puan Maslita Binti Abd Aziz, Dr. Safiza Suhana Binti Kamal Baharin dan Dr. Zahriah Binti Othman). Pada hari kedua Presiden APA Tn Hj Baharuddin diiringi oleh Pengarah Keselamatan UTeM Tn Affindi sempat hadir untuk beramah mesra dengan peserta bengkel dan juga tenaga pengajar.

 

Nov 03 2016

Bengkel Penambahbaikan Polis Bantuan 4 - 7 Oktober 2016

Port Dickson - Pada 4 hingga 7 Oktober 2016 satu bengkel "Penambahbaikan Polis Bantuan" telah diadakan di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dengan kerjasama Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Zainal Abidin Bin Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JPJKK, dan telah dihadiri oleh lebih kurang 26 orang perserta yang terdiri daripada 16 orang wakil APA dan 10 orang Pegawai-pegawai Kanan PDRM dari perbagai Jabatan dan Unit. Turut hadir disepanjang bengkel tersebut adalah YDH SAC Dato’ Mazlan Kesah, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber JPJKK dan Tuan Hj Baharudin Othman, Presiden APA.

Bengkel ini merupakan sesi siri ke-dua yang dijalankan selepas siri pertama berjaya dilaksanakan di Bintulu bertujuan untuk mengkaji and mengenalpasti penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas Akta Polis, peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Polis Bantuan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) bagi memastikan kewujudan Polis Bantuan adalah sentiasa relevan di dalam memastikan keselamatan negara. Hasil daripada bengkel ini akan dibentangkan kepada ahli-ahli APA untuk diperhalusi semasa Persidangan Polis Bantuan dan Meyuarat Agung Persatuan yang akan datang.

 

 

Oct 04 2016