TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Majlis Jamuan Bersempena Hari Raya Aidil Fitri Pada 3 Ogos 2016

KUALA LUMPUR (3 Ogos 2016) – Pihak Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) telah mengadakan satu majlis jamuan bersempena Hari Raya Aidil Fitri pada 3 Ogos 2016 bersempena dengan mesyuarat AMP kali ke-3 tahun 2016 di Felda Villa, Kuala Lumpur. Jemputan majlis adalah terdiri daripada pegawai-pegawai AMP dan pegawai-pegawai kanan PDRM daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

 

May 11 2017

Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) kali ke-3 (3 Ogos 2016)

KUALA LUMPUR (3 Ogos 2016) – Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) kali ke-3 telah berlangsung di Felda Villa pada 3 Ogos 2016 dengan dipengerusikan oleh Tuan Presiden APA, Tn Hj Baharudin Othman. Mesyuarat telah membincangkan perkara-perkara berbangkit dan mesyuarat telah bersetuju untuk membawa beberapa isu tertangguh kepada pengetahuan dan perhatian pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dalam masa yang terdekat.

 

May 11 2017