TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Super User

Super User

Typi non habent claritatem insitam; est usus legentis in iis qui facit eorum claritatem. Investigationes demonstraverunt lectores legere me lius quod ii legunt saepius.

POLIS BANTUAN PERLU PEKA PERSEKITARAN

21 Januari 2016 11:57 AM

 

MUAR 21 Jan. - Polis bantuan diingatkan supaya sentiasa bersedia pada setiap masa bagi membantu mencegah serangan pengganas seperti yang berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

 

Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Azri Ahmad berkata, polis bantuan terutamanya yang bertugas di tempat tumpuan ramai seperti kompleks beli-belah perlu peka dan sensitif dengan persekitaran mereka.

 

“Di negara kita, polis bantuan ada yang ditugaskan mengawal kompleks beli-belah dan bangunan tumpuan ramai, maka peranan mereka adalah membantu PDRM mengawal keselamatan lokasi tersebut.

 

“Mereka perlu melakukan langkah awal pencegahan dengan mengenal pasti bahasa badan suspek, bahan atau peralatan yang dibawa serta tingkah laku suspek yang mencurigakan,” katanya.

 

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2015 di Maktab Teknik PDRM Bakri di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

Polis bantuan diingat patuhi etika

26/04/2015 5:27pm

 

JOHOR BAHRU - Polis bantuan diingatkan supaya mematuhi etika kerja dan menjaga penampilan diri demi menjaga imej organisasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, etika kerja dan penampilan diri merupakan aspek yang perlu diberi penekanan oleh polis bantuan kerana mereka menjadi perhatian pihak berkepentingan.

 

"Pemakaian uniform yang kemas, komunikasi yang bersopan santun dan berhemah merupakan budaya yang sangat dituntut dalam PDRM dan ia mesti menjadi satu ciri utama disipilin semua anggota polis bantuan.

 

"Polis bantuan diperhatikan semua pihak dan segala tingkah laku sama ada baik atau buruk boleh menjadi bualan orang ramai atau cepat menjadi 'viral'," kata Acryl.

 

Beliau berkata demikian berucap pada majlis penyerahan sijil kelulusan penubuhan polis bantuan kepada Themed Attractions Sdn Bhd, Astaka Padu Sdn. Bhd, MB Builders Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

 

Acryl merakam ucapan tahniah kepada empat agensi berkenaan atas kelulusan penubuhan polis bantuan sekali gus menjadi penanda aras kepada syarikat lain dalam menyediakan persekitaran selamat kepada pekerja dan komuniti. - Bernama

28 NOV: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan tidak bercadang meluaskan pemberian kuasa polis bantuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh terdekat.

 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hasil penelitian terhadap beberapa cadangan yang dibuat PBT, didapati bidang tugas untuk dilaksanakan polis bantuan itu meliputi seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

 

“Harus difahami ada diantara kawasan PBT berbeza dengan kawasan pentadbiran daerah polis. Ini akan menimbulkan kesukaran untuk menentukan kawalan dan perintah oleh ketua polis daerah berkenaan ke atas anggota polis bantuan dari aspek tugas kepolisian.