TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Super User

Super User

Typi non habent claritatem insitam; est usus legentis in iis qui facit eorum claritatem. Investigationes demonstraverunt lectores legere me lius quod ii legunt saepius.

Port Dickson - Pada 4 hingga 7 Oktober 2016 satu bengkel "Penambahbaikan Polis Bantuan" telah diadakan di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dengan kerjasama Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Zainal Abidin Bin Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JPJKK, dan telah dihadiri oleh lebih kurang 26 orang perserta yang terdiri daripada 16 orang wakil APA dan 10 orang Pegawai-pegawai Kanan PDRM dari perbagai Jabatan dan Unit. Turut hadir disepanjang bengkel tersebut adalah YDH SAC Dato’ Mazlan Kesah, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber JPJKK dan Tuan Hj Baharudin Othman, Presiden APA.

Bengkel ini merupakan sesi siri ke-dua yang dijalankan selepas siri pertama berjaya dilaksanakan di Bintulu bertujuan untuk mengkaji and mengenalpasti penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas Akta Polis, peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Polis Bantuan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) bagi memastikan kewujudan Polis Bantuan adalah sentiasa relevan di dalam memastikan keselamatan negara. Hasil daripada bengkel ini akan dibentangkan kepada ahli-ahli APA untuk diperhalusi semasa Persidangan Polis Bantuan dan Meyuarat Agung Persatuan yang akan datang.

 

 

SEPANG, 9 September 2016 – Pegawai-pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM dengan kerjasama pegawai-pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menjalankan ujian saringan air kencing ke atas kakitangan-kakitangan sebuah syarikat kumpulan DRB-HICOM Berhad pada 9 September 2016. Ujian saringan ini adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Polis Bantuan DRB-HICOM kepada syarikat-syarikat kumpulan DRB-HICOM Berhad bagi mencegah dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di kalangan kakitangan syarikat-syarikat kumpulan DRB-HICOM Berhad. Seramai 5 orang pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM yang terlatih mengendalikan ujian saringan air kencing bersama-sama dengan 3 orang pegawai AADK telah menjalankan saringan ke atas lebih kurang 300 orang kakitangan syarikat terbabit yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan sokongan.

KUALA LUMPUR, 6 September 2016 – Mesyuarat Pelarasan Persidangan Polis Bantuan Malaysia diantara pihak Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan dengan pegawai-pegawai kanan PDRM telah diadakan pada 6 September 2016 bertempat di St. Gills The Garden Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Rusli Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM bagi membincangkan persiapan dan perkara-perkara tertunggak yang perlu diselesaikan sebelum Persidangan Polis Bantuan Malaysia yang akan datang. Persediaan logistik dan minum pagi bagi mesyuarat tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh pihak IGB Corporation Berhad.