TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Super User

Super User

Typi non habent claritatem insitam; est usus legentis in iis qui facit eorum claritatem. Investigationes demonstraverunt lectores legere me lius quod ii legunt saepius.

KUALA LUMPUR (3 Ogos 2016) – Pihak Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) telah mengadakan satu majlis jamuan bersempena Hari Raya Aidil Fitri pada 3 Ogos 2016 bersempena dengan mesyuarat AMP kali ke-3 tahun 2016 di Felda Villa, Kuala Lumpur. Jemputan majlis adalah terdiri daripada pegawai-pegawai AMP dan pegawai-pegawai kanan PDRM daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

 

KUALA LUMPUR (3 Ogos 2016) – Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir (AMP) Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA) kali ke-3 telah berlangsung di Felda Villa pada 3 Ogos 2016 dengan dipengerusikan oleh Tuan Presiden APA, Tn Hj Baharudin Othman. Mesyuarat telah membincangkan perkara-perkara berbangkit dan mesyuarat telah bersetuju untuk membawa beberapa isu tertangguh kepada pengetahuan dan perhatian pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dalam masa yang terdekat.

 

SIMPOSIUM POLIS BANTUAN ZON SELATAN 2015

Johor Bahru, 10 Jun 2015 – Majlis penutupan Simposium Polis Bantuan Zon Selatan 2015 telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Acryl Sani Bin Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

 

Turut hadir YDH Dato’ Ismail Bin Yatim, Timbalan Ketua Polis Johor, Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman Bin Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, SAC Saiful Azly Bin Hj Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Y.Bhg Tuan Hj Lukman Bin Abu Bakar, Presiden Kanan merangkap Ketua Eksekutif Divisyen Hartanah Johor Corporation, Tuan Baharuddin Bin Osman, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Y.Bhg Tuan Johari Shukri Bin Jamil, Naib Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Pelabuhan Tanjung Langsat, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Johor.