TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Super User

Super User

Typi non habent claritatem insitam; est usus legentis in iis qui facit eorum claritatem. Investigationes demonstraverunt lectores legere me lius quod ii legunt saepius.

[Capaian daripada http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1312856&cat=sl pada 3/1/2017]

December 19, 2016 14:50 PM

 

Agensi Polis Bantuan Diminta Pertingkat Kawalan Keselamatan Bilik Kebal, Stor Senjata

 

KULAI, 19 Dis (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa agensi polis bantuan supaya mempertingkatkan kawalan terhadap keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata masing-masing agar tidak terdedah kepada serangan kumpulan pengganas.

Beliau berkata kumpulan pengganas ini bukan sahaja mahu menyasarkan serangan di tempat-tempat awam, tetapi juga menyasarkan anggota polis termasuk polis bantuan.

Justeru itu, agensi polis bantuan perlulah bukan sahaja mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api tetapi memastikan kawalan keselamatan di situ dipertingkatkan.

"Jadi, saya mengingatkan polis bantuan supaya sentiasa awas, berhati-hati kerana mereka juga boleh dijadikan sasaran termasuk tempat simpanan senjata api yang perlu kita beri keutamaan dalam memastikan keselamatannya dan senjata api tidak jatuh ke tangan musuh seperti penyokong Daesh," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia kali ke-28 di sini hari ini.

Oleh itu beliau telah mengarahkan beberapa pasukan naziran daripada Unit Pelesenan Senjata Api untuk turun memeriksa SOP yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia kepada agensi polis bantuan ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Khalid berkata adalah penting agar agensi polis bantuan menitikberatkan keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api masing-masing terutama dalam situasi keselamatan negara ketika ini.

"Kita tidak mahu adanya kes kehilangan senjata api disebabkan kawalan yang longgar oleh agensi polis bantuan," kata Khalid.

-- BERNAMA

KUALA LUMPUR SABTU, 5 NOVEMBER 2016: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid mendahului senarai pertukaran membabitkan 12 pegawai kanan polis, berkuat kuasa 5 Disember depan. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata Razarudin akan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis. Tempat beliau diambil alih Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hashim Abd Jalil pula akan berpindah ke Bukit Aman sebagai Senior Asisten Komisioner Pentadbiran Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan dan tempatnya digantikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Analisis dan Pembangunan Teknologi (TechAD), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah. Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner N Murtaza Mahmud akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Analisis dan Pembangunan Teknologi (TechAD), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. "Ketua Cawangan Khas IPK Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Izhar Othman, kekal dengan jawatannya tetapi memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," katanya dalam kenyataan, hari ini. Pegawai lain yang terbabit adalah Superintendan Pegawai Diwartakan, Unit Pegawai Diwartakan Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Redzuan Abd Hamid yang akan ke IPK Terengganu sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan memangku pangkat Asisten Komisioner. Superintendan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Superintendan R Zahudeen R Toran pula bertukar sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. Pegawai Turus Pengurusan Dasar/Sumber, JPJKK IPK Kedah, Superintendan Wong Ing Fung yang akan memangku pangkat Asisten Komisioner, bertukar sebagai Penolong Pengarah Urusetia/Pematuhan Standard, JPJKK Bukit Aman. Superintendan Perancangan Strategik Urus Setia KPN (Pentadbiran), Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman, Superintendan Afzanizar Ahmad pula bertukar ke Urus Setia KPN (Pentadbiran), Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. Superintendan Md Nazri Zawawi yang kini bertugas sebagai Superintendan Perjawatan (Pembangunan Organisasi) Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, dilantik sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (Audit), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/209524

October 27, 2016, Thursday Jenifer Laeng, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Capaian daripada http://www.theborneopost.com/2016/10/27/ports-obtain-green-light-to-conduct-own-probe/ pada 27/10/2016

MIRI: The Malaysian Ports Auxiliary Police Secretariat (SPBPM) has been granted special powers by the Bukit Aman Police Headquarters (PDRM Bukit Aman) to carry out investigations within their area of jurisdiction without having to go to the police station.

In a press conference held at a hotel here yesterday to reveal the agreement reached with Bukit Aman, SPBPM chairman Supt Abd Rahman Yahya said SPBPM was given the power to open investigation papers and conduct its own investigations.

 

He said at present five ports, including in Johor, Port Klang and Penang, have their own investigating officers. “We have achieved an agreement with Bukit Aman Police Headquarters and through our close cooperation, SPBPM was given power to open investigations.

 

“There are 26 sections that can be investigated by SPBPM including petty crimes and drug-related offences, but it excludes serious crime such as Section 302 for murder,” he said. He said Bintulu Port had applied to have its own investigating officer which had been approved and Miri Port Authority could have one if it applied.

 

SPBPM is currently having a five-day conference here which is attended by 31 officers from 27 ports in the country. Out of 97 ports in the country, only 27 are members of SPBPM. On the conference, Abd Rahman said it will play a big role in improving the Key Performance Index (KPI) of SPBPM members.

 

He suggested for it to be held at least twice a year and that more workshops and seminars related to safety at the port be held. “Other than that, we should also organise study tours to ports in and outside the country,” he added. Among those present at the press conference were Bukit Aman Crime Prevention and Community Safety Private Agency Auxiliary Police Superintendent Supt Mohd Shukri Ismail, and Miri Port Authority general manager Shebli Hairani.