TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

PERMOHONAN KEAHLIAN PERSATUAN

 

 

1. Syarat-Syarat

Keahlian adalah dibuka kepada agensi / syarikat yang telah mendapat kelulusan kuasa Polis Bantuan daripada pihak PDRM.

 

2. Proses Permohonan & Kelulusan Keahlian

Agensi atau syarikat yang berminat untuk menjadi ahli persatuan hendaklah melengkapkan borang Permohonan keahlian yang boleh didapati daripada pejabat Sekretariat Persatuan Persatuan Polis Bantuan Malaysia.

 

3. Permohonan hendaklah dimajukan kepada pejabat Sekretariat Persatuan Polis Bantuan Malaysia dengan berserta perkara-perkara berikut:-

3.1 Borang permohonan keahlian.

3.2 Bayaran permohonan keahlian “Korporat” sebanyak RM100.00.

3.3 Bayaran keahlian “Korporat” bagi tahun pertama sebanyak RM1000.00.

3.4 Salinan Surat kelulusan daripada PDRM.

3.5 Struktur organisasi Unit Polis Bantuan agensi.

3.6 Senarai nama, dan maklumat perhubungan pegawai-pegawai kanan / pengurusan Polis Bantuan agensi / syarikat.

3.7 Pembayaran boleh dibuat terus ke dalam akaun Persatuan Polis Bantuan Malaysia.

3.8 Pembayaran juga boleh dibuat menggunakan cek syarikat dan dibayar terus kepada persatuan seperti berikut:-

3.8.1 Nama: Persatuan Polis Bantuan Malaysia

3.8.2 No. akaun: 5641-5533-2335

3.8.3 Bank: Maybank

 

4. Senarai Semak Permohonan Keahlian

 

4.1 Borang permohonan keahlian

4.2 Bayaran permohonan keahlian sebanyak RM100.00

4.3 Bayaran keahlian bagi tahun pertama sebanyak RM1000.00

4.4 Salinan Surat kelulusan daripada PDRM.

4.5 Struktur organisasi Unit Polis Bantuan agensi.

4.6 Senarai nama, dan maklumat perhubungan pegawai-pegawai kanan / pengurusan Polis Bantuan agensi / syarikat

4.7 Slip pembayaran atas talian (jika dibayar terus ke akaun persatuan melalui atas talian).

 

5. Carta Alir Permohonan Keahlian: