TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

SEJARAH DAN MATLAMAT PERSATUAN

 Pendahuluan

 

Persatuan Polis Bantuan Malaysia atau "Malaysia Auxiliary Police Association" (APA) telah ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 832 (PPM-008-14-26061998) pada 26 Jun 1998 di Kuala Lumpur.

  

Matlamat Persatuan

 

Tujuan utama Persatuan Polis Bantuan Malaysia atau ‘Malaysia Auxiliary Police Association’ (APA) ditubuhkan adalah untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:-

  1. Menggabungkan semua agensi, pegawai dan anggota Polis Bantuan Malaysia di dalam satu pertubuhan yang diiktiraf oleh pihak Polis DiRaja Malaysia sebagai pertubuhan yang mewakili semua agensi, pegawai dan anggota Polis Bantuan.

  2. Menyediakan dan mewakili ahli-ahli di dalam urusan dengan pihak Polis DiRaja Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

  3. Mencari kaedah bagi mempercepatkan segala urusan dan pengurusan Polis Bantuan dan menjayakan konsep keselamatan secara promosi dan pembelajaran ‘virtual engineering’ di dalam dan di luar negara sehingalah tercapainya matlamat ‘virtual security’ di semua tempat dan suasana.

  4. Memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam ilmu pengetahuan, pengalaman, kemasyarakatan dan ekonomi.

  5. Mengurus dan menjaga kebajikan ahli.

  6. Mempereratkan lagi perhubungan di antara ahli dan majikan masing-masing.

  7. Bekerjasama dengan Jabatan atau Pengurusan atau majikan bagi memikirkan dan mencari jalan dan berusaha untuk mempertingkatkan disiplin dan kualiti perkhidmatan ahli.

  8. Bekerjasama dengan lain-lain Persatuan yang sah yang menguruskan hal-hal yang bersangkutan dengan keagamaan, ekonomi, sosial, seni, sukan dan lain-lain.

 

Keahlian

 

Keahlian di dalam Persatuan Polis Bantuan Malaysia terdiri daripada mana-mana Perbadanan Kerajaan atau Swasta, Syarikat kepunyaan Perbadanan atau Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad yang mempunyai dan menggunakan Pasukan Keselamatan yang bertaraf Polis Bantuan, atau, mana-mana Syarikat Korporat yang sah dan memohon menjadi ahli dan diluluskan keahliannya oleh Majlis Pentadbir yang bersidang.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian, sila berhubung dengan Pejabat Sekretariat Persatuan Polis Bantuan Malaysia.