TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

KATA ALUAN KETUA POLIS NEGARA

 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Polis Bantuan Malaysia kerana telah berjaya membangunkan laman sesawang Persatuan Polis Bantuan dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

 

Pengujudan laman sesawang ini diharap dapat memberi dan menyampaikan pelbagai informasi mutakhir mengenai Polis Bantuan, bukan sahaja kepada pegawai dan anggota Polis Bantuan yang mencecah 27,155 keanggotaan, tetapi juga kepada masyarakat Malaysia amnya.  

 

Dengan maklumat-maklumat yang tersedia, ia diharap dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai fungsi dan peranan Polis Bantuan sebagai agensi sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah jenayah dan memelihara keselamatan dan keamanan negara tercinta ini, sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan tips-tips tentang pencegahan jenayah.

 

PDRM sentiasa memberikan sokongan penuh dan bekerjasama dengan apa jua usaha positif Persatuan Polis Bantuan dalam usaha memartabat dan meningkatkan profesionalisme serta imej Polis Bantuan di mata masyarakat, seiring dan setanding dengan polis ‘regular’.

 

Semoga tujuan dan niat murni Persatuan Polis Bantuan ini akan tercapai dalam usaha membantu PDRM mencegah dan mengurangkan jenayah di negara kita.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR (IG)

Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia